Kelas E-learning – Maxis eKelas dan Digital Literacy – Google Be Internet Awesome
15 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu Maxis eKelas dan Digital Literacy iaitu Google Be internet Awesome kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan penyertaan pelajar menggunakan portal eKelas dan juga untuk mendaftar pelajar-pelajar yang baru ke dalam portal ini. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang permainan berupa pendidikan. Dalam kelas ini, pelajar yang baru mendaftar diterangkan mengenai maksud eKelas dan manfaat yang dapat diperolehi melalui penglibatan dalam portal. Mereka digalakkan untuk mengisi ruangan yang disediakan dan turut diingatkan untuk mencipta kata laluan (password) yang mudah supaya mereka dapat mengakses portal pada masa yang lain.
Pelajar yang telah mendaftar diminta untuk meneliti bahagian-bahagian yang terdapat dalam portal seperti laman utama, ekelas, nota padat, ecikgu, komuniti, perbincangan, blog, pencapaian, bantuan dan maklumbalas. Setiap bahagian tersebut mengandungi ciri-ciri yang berbeza mengikut keperluan pelajar. Pelajar turut diterangkan mengenai ganjaran yang akan diperoleh selepas mereka mencapai markah tertentu.
Dalam pembelajaran tentang digital literacy, peserta diminta untuk mengakses laman web bertajuk “Interland” dimana peserta didedahkan dengan permainan yang memberi kesedaran tentang keselamatan digital. Permainan ini merangkumi cara mencipta kata laluan (password) yang selamat, maklumat yang boleh atau tidak boleh dikongsi dan mengajak peserta untuk berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan berkaitan keselamatan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: